Lana Nodin buka IG anak atas permintaan ramai

lana
lana
A
A
A

MEMENUHI permintaan daripada peminat, pelakon Lana Nodin akhirnya membuka akaun Instagram khas buat kedua-dua anaknya, William Daud Mckinzie atau Billy, 4 bulan dan Gia Quinn McKienzie, 3,

Terharu dengan sokongan dan kiriman doa yang tidak putus daripada peminat terhadap anak lelakinya ketika menjalani pembedahan membetulkan injap jantungnya yang bermasalah di Institut Jantung Negara Februari lalu, Lana akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi perkembangan terkini anak-anaknya menerusi Instagram yang diwujudkan khas buat mereka.

lana2
lana2

“Atas permintaan orang ramai yang mendoakan kesihatan anak saya Billy dan kakaknya Gia, kami decided membuka official account IG untuk anak-anak kami.

“Sesiapa ingin mengikuti perkembangan mereka boleh la follow IG mereka @gibi_mck. Thank you semua,” tulisnya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 39, mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: