Sila log masuk terlebih dahulu.

24 kawasan di Kuala Terengganu alami gangguan kualiti air

Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong. - Gambar hiasan
Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan Kenyir untuk menyeimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk.

"Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau," katanya dalam kenyataan disini, malam Rabu.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Losong, Kg Kubang Buyong, Kg Paloh, Kg Pulau Rusa, Kg Kuala Bekah, Kg Pulau Musang, Kg Sungai Rengas, Kg Kubang Tangga, Kg Durian Burung, Kg Bukit Kubang Jambu, Kg Wakaf Che Kapur, Kg Kubang Parit.

Turut terjejas ialah Kg Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kg Tokku, Kg Seberang Baroh, Kg Hiliran, Kg Bukit Kecil, Kg Pasir Panjang, Kg Gong Kapas, Kg Panji Alam, Kg Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.

Jelas kenyataan tersebut, pihak SATU Water akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.

"Pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: