[VIDEO] Kebakaran belukar tular di aplikasi sosial

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran belukar di Jalan Stadium, di sini, pada Selasa.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran belukar di Jalan Stadium, di sini, pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Kebakaran belukar di Jalan Stadium, dekat sini, hingga menyebabkan kepulan asap berwarna jingga memenuhi kawasan tersebut menjadi tular di aplikasi Tik Tok sejak Selasa.

Video berdurasi 19 saat dikongsi seorang pengguna Tik Tok yang kini meraih sebanyak 33,500 tontonan itu memperlihatkan ramai orang awam memberhentikan kenderaan mereka menyaksikan kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba Alor Setar, Timbalan Penguasa II Ahmad Naufal Abdullah memberitahu, kebakaran itu melibatkan belukar berhampiran wad psikiatri Hospital Lama Alor Setar dan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Kedah menerima panggilan memaklumkan kejadian kebakaran kira-kira jam 8.19 malam melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan kebakaran belukar di Jalan Stadium, di sini, pada Selasa
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan kebakaran belukar di Jalan Stadium, di sini, pada Selasa

“Kebakaran belukar dianggarkan seluas lima hektar dapat dikawal pada jam 9.33 malam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, anggota bomba mengawal kebakaran belukar menggunakan dua jentera, unit bantuan perkhidmatan cemas (EMRS) dan 'water tanker' dari BBP Alor Setar serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

Beliau memaklumkan, tiada mangsa dilaporkan dalam operasi dibantu PBS Taman Mutiara, PBS Alor Mengkudu, PBS Seberang Nyonya, PBS Simpang, PBS Kilang Tebu dan PBS Kuala Kedah itu.