Masih terlalu awal isytihar menang lawan Covid-19: WHO

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran pada Selasa bahawa masih terlalu awal untuk mana-mana negara mengisytiharkan kemenangan ke atas Covid-19 atau menghentikan langkah-langkah untuk menghentikan penularannya.

"Adalah terlalu awal bagi mana-mana negara sama ada menyerah diri atau mengisytiharkan kemenangan.

"Virus ini berbahaya dan ia terus berkembang di hadapan mata kita," katanya kepada media.

Dr Tedros menegaskan sejak varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada hujung tahun lalu, hampir 90 juta kes Covid-19 telah dilaporkan kepada WHO.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus - Foto AFP
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus - Foto AFP

Walaupun varian baharu Covid-19 itu diketahui lebih ringan, beliau menekankan bahawa terdapat peningkatan kematian yang sangat membimbangkan di kebanyakan wilayah di dunia.

Artikel Berkaitan:

Sejak Covid-19 pertama kali muncul di China pada akhir tahun 2019, lebih 373 juta kes yang disahkan dan hampir 5.7 juta kematian telah dilaporkan kepada WHO tetapi jumlah sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

Pada minggu lalu, lebih 22 juta kes Covid-19 dan lebih 60,000 kematian dilaporkan di seluruh dunia. - Agensi