Akauntan kempunan beg Prada

Seorang akuantan ditipu seorang wanita dalam urusan jual beli beg tangan jenama mewah di laman sosial sehingga menyebabkan kerugian RM4,380. Foto 123RF
Seorang akuantan ditipu seorang wanita dalam urusan jual beli beg tangan jenama mewah di laman sosial sehingga menyebabkan kerugian RM4,380. Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang akauntan kempunan untuk memiliki beg tangan berjenama mewah selepas ditipu seorang wanita dalam urusan jual beli di laman sosial sehingga menyebabkan kerugian RM4,380.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku pada 18 Januari lalu, ketika mangsa berusia 27 tahun berminat untuk membeli beg jenama Prada selepas melihat satu iklan di Instagram.

"Mangsa kemudiannya memindahkan wang RM4,380 ke dalam akaun yang diberikan suspek, jam 9.45 pagi, pada 19 Januari lalu.

"Setelah membuat pembayaran itu, mangsa cuba menghubungi nombor telefon suspek, namun sudah disekat. Malah beg yang dibeli juga sehingga kini belum diterima," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Isnin.

Tambahnya, modus operandi digunakan suspek ialah dengan memperdaya mangsa dalam penjualan beg tangan tidak wujud.

"Polis sudah mengenalpasti suspek yang terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," ujarnya.

Artikel Berkaitan: