Argentina lebar rekod tanpa kalah

Lautaro Martinez
Lautaro Martinez
A
A
A

ARGENTINA melebarkan rekod tanpa kalah kepada 29 perlawanan selepas menang tipis 1-0 ke atas Colombia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Estadio Mario Alberto Kempes, Cardoba.

Gol tunggal Lautaro Martinez minit ke-29, yang memanfaatkan kealpaan pertahanan pelawat sudah cukup membolehkan kuasa bola sepak Amerika Selatan itu mengekalkan momentum positif kempen kelayakan benua tersebut.

Empat pasukan teratas Zon Amerika Selatan layak secara automatik ke Qatar manakala pasukan di tempat kelima akan mengharungi fasa playoff berdepan pasukan dari Asia.

Untuk rekod, Brazil dan Argentina telah pun layak manakala Ecuador berkemungkinan besar menjadi pasukan ketiga mengiringi dua kuasa bola sepak tersebut.

INFO:

ARGENTINA: (4-3-3) Damian Martinez; Pezzella, Acuna, Montiel, Lisandro Martinez; Gomez (Lucas Martinez 79), Rodriguez, Lo Celso (Buendia 80); Di Maria (Gonzalez 68), Ocampos (Meza 58), Lautaro Martinez (Dybala 69)

SIMPANAN: Andrada (PG), Armani (PG); Molina, Perez, Angel Correa, Alvarez

Gol: Lautaro Martinez (29)

Artikel Berkaitan:

Kad: Acuna (44), Montiel (58)

Pengendali: Lionel Scaloni

COLOMBIA: (4-2-3-1) Vargas; Tesillo, Medina (Valoyes 67), Mojica, Sanchez; Barrios (Cuellar 75), Uribe (Cantillo 57); Cuadrado, Rodriguez (Suarez 57), Diaz; Borja (Falcao 75)

SIMPANAN: Andres Mosquera (PG); Murillo, Munoz, Hinestroza, Chara, Borre, Preciado

Gol: -

Kad: Suarez (76), Sanchez (90)

Pengendali: Reinaldo Rueda

Pengadil: Raphael Claus (Brazil)

Pemain Terbaik Perlawanan: Angel Di Maria (Argentina)

Venue: Estadio Mario Alberto Kempes (Cordoba)