Cincin tersangkut di jari manis

Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jeli membantu memotong cincin di jari manis seorang lelaki bagi membolehkan rawatan lanjut diberikan kepadanya di Hospital Jeli selepas terlibat dalam kemalangan, pada Selasa.
Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jeli membantu memotong cincin di jari manis seorang lelaki bagi membolehkan rawatan lanjut diberikan kepadanya di Hospital Jeli selepas terlibat dalam kemalangan, pada Selasa.
A
A
A

JELI - Seorang lelaki menarik nafas lega apabila cincin tersangkut di jari manisnya berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.

Pegawai Bomba Kanan II, Norazman Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Jeli kira-kira jam 7 pagi bagi membantu memotong cincin bagi membolehkan Zamauri Hassan, 37, mendapatkan rawatan selepas terlibat kemalangan, pada Selasa.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Nangka itu cedera selepas terlibat kemalangan dan pihak hospital meminta bantuan kami menanggalkan cincin tersebut bagi memudahkan urusan rawatan dilakukan terhadapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, seramai tiga anggota terlibat dalam operasi tersebut dan pihaknya berjaya memotong cincin itu tanpa sebarang kecederaan menggunakan peralatan EMRS hospital.

Norazman berkata, bomba mengambil masa selama tiga minit untuk menanggalkan cincin tersebut.

Artikel Berkaitan: