MR D.I.Y terima Anugerah Emas Putra Brand Award

Alex Goh (kanan) mewakili syarikat itu menerima Anugerah Emas Putra Brand Award pada majlis penyampaian anugerah berkenaan yang berlangsung pada 21 Januari lalu.
Alex Goh (kanan) mewakili syarikat itu menerima Anugerah Emas Putra Brand Award pada majlis penyampaian anugerah berkenaan yang berlangsung pada 21 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - MR. D.I.Y Group meraih Anugerah Emas di Putra Brand Awards 2021 bagi kategori Peruncitan, baru-baru ini.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y, Alex Goh berkata, pengiktirafan pertama kali diterima daripada Putra Brand Awards itu dianggap istimewa kerana ia merupakan hasil undian pengguna sepenuhnya.

"Kejayaan ini mencerminkan usaha kami dalam menyediakan pelbagai barangan keperluan harian pada harga rendah selaras keperluan rakyat terutama ketika situasai mencabar ini.

"Pengiktirafan ini memberikan inspirasi buat kami untuk terus memberikan yang terbaik dengan cara yang berbeza kepada pengguna dan itu adalah janji kami kepada mereka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) selaras dengan Jenama Paling Berharga Malaysia (MMVB), Putra Brand Award merupakan satu-satunya anugerah yang mengambil kira undian pengguna menerusi konsep kajian.

Anugerah Emas Putra Brand Award.
Anugerah Emas Putra Brand Award.

Anugerah berkenaan merupakan hasil undian 11,000 pengguna dalam pelbagai kategori dan antara jenama yang turut tercalon adalah Astro, Digi, Ikea, AEON, KFC, Watsons, Malaysia Airlines, Air Asia dan 7-eleven.

Alex berkata, MR D.I.Y memperkenalkan beberapa konsep baharu termasuk MR D.I.Y Express yang dilancarkan tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kami membawa konsep kedai runcit ke bandar-bandar kecil bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan suasana yang selesa serta harga berpatutan.

"Justeru anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, malah mencerminkan komitmen kami dalam membantu rakyat Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Alex turut mengucapkan penghargaan kepada lebih 11,000 kakitangan MR D.I.Y seluruh negara kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Inisiatif 'Price Lock: Harga Kami Tetap Sama' juga katanya, akan dikekalkan sehingga 31 Mac ini menerusi tiga rangkaiannya termasuk MR D.I.Y, MR. TOY dan MR. DOLLAR.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!