Tiket feri ke Langkawi laris

Tiket feri bagi perjalanan pergi dan pulang ke Pulau Langkawi laris menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari ini. Gambar kecil: Kapten Baharin Baharom
Tiket feri bagi perjalanan pergi dan pulang ke Pulau Langkawi laris menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari ini. Gambar kecil: Kapten Baharin Baharom
A
A
A

ALOR SETAR - Tiket feri bagi perjalanan pergi dan pulang ke Pulau Langkawi laris menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom memberitahu, jumlah tempahan tiket keluar masuk Langkawi adalah sebanyak 33,344 setakat Rabu.

Beliau berkata, jumlah tempahan berkenaan direkodkan dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas sambutan Tahun Baharu Cina dari 28 Januari hingga 3 Februari depan.

“Hanya tiga perjalanan feri sahaja masing-masing bagi Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dan Pulau Langkawi ke Kuala Perlis, manakala empat perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi dan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah pada Jumaat.

“Bagaimanapun, trip pada 29 Januari bertambah apabila terdapat empat perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan lima trip untuk perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, pihak konsortium akan membuka lebih banyak laluan Kuala Kedah ke Pulau Langkawi dan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dalam tempoh berkenaan.

“Ia susulan alur pelayaran kembali cetek di laluan Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dan Pulau Langkawi ke Kuala Perlis,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Baharin berkata, buat masa ini, hanya satu trip perjalanan ditambah untuk laluan Kuala Kedah ke Pulau Langkawi, namun dijangka akan bertambah ketika menjelang musim perayaan nanti.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 55,000 orang pengunjung dianggarkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganggarkan akan memasuki Pulau Langkawi sempena cuti Tahun Baharu Cina pada awal bulan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, LADA menjangkakan pirata kemasukan seramai 9,200 orang pelancong sehari bermula 1 hingga 6 Februari di pulau peranginan itu.