Al-Quran dan rehal paling laris dibeli pengunjung

Al-Quran yang dijual serendah RM10 sahaja kepada pengunjung bertuah yang hadir pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.
Al-Quran yang dijual serendah RM10 sahaja kepada pengunjung bertuah yang hadir pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 200 naskhah al-Quran dijual dengan harga serendah RM10 senaskhah buat pengunjung bertuah pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.

Penolong Pengurus Besar Jualan Kumpulan Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, bagaimanapun seorang pengunjung boleh membelinya sebanyak dua naskhah sahaja.

Menurutnya, harga asal al-Quran tersebut adalah RM18 dan diturunkan kepada RM10 buat pengunjung yang datang pada saat-saat akhir jualan.

Roziyana menunjukkan rehal yang laris dijual pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.
Roziyana menunjukkan rehal yang laris dijual pada Jualan Gudang Karangkraf 2022.

“Hari ini (Sabtu) kita dah restock semula rehal dan al-Quran yang sememangnya mendapat permintaan tinggi sejak dari awal jualan berlangsung.

“Pengunjung boleh mendapatkan koleksi terbaru rehal dengan harga RM55 sahaja dan kita juga ada koleksi buku-buku oleh Ramlee Awang Murshid keluaran lama yang berharga RM12 sahaja senaskhah.

“Kepada penggemar novel juga boleh mendapatkan 10 naskhah novel dengan hanya RM30,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Seorang pengunjung dari Shah Alam, Aida Azura Muhamad Nor, 40, yang pertama kali datang ke Jualan Gudang Karangkraf teruja dengan pelbagai jenis buku yang dijual dan harga ditawarkan juga jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Artikel Berkaitan:

“Anak-anak juga seronok memilih buku-buku kesukaan mereka dan saya harapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak pilihan buku dan meriah,” katanya.

Orang ramai todak melepaskan peluang hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada Sabtu.
Orang ramai todak melepaskan peluang hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada Sabtu.

Bagi Syafuddi Azmi Bahari, 47, dari Bangsar, dia tidak melepaskan peluang untuk hadir ke jualan gudang selepas sekian lama negara dilanda penularan Covid-19.

“Hari ini saya datang untuk membeli al-Quran dan anak-anak pula membeli buku latihan sekolah memandangkan mereka sekarang banyak menghabiskan masa di rumah kerana penularan Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Nor Izalina Hasdian Ariffin, 37, tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama anak-anak bagi mengisi masa lapang hujung minggu.

“Saya merupakan pengunjung setia setiap kali Karangkraf buat jualan buku.

“Hari ini memang saya bawa anak-anak untuk mereka membeli buku sebab banyak buku mereka rosak dan musnah akibat kejadian banjir lalu,” katanya.