Kes gaduh di luar kafe, sembilan ditahan

Video yang tular melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki di Kobuta Square, Tawau.
Video yang tular melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki di Kobuta Square, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Sembilan lelaki ditahan selepas dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah kafe di Kobuta Square, di sini, pada Jumaat.

Tangkapan dibuat susulan tular dua video berkaitan pergaduhan berkenaan selain terdapat dua laporan diterima polis pada hari yang sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, pihaknya mengesan dua video tular di media sosial membabitkan kejadian pergaduhan di daerah ini.

"Dua video masing-masing berdurasi selama 30 saat dan empat saat itu tular di aplikasi media sosial WhatsApp memaparkan kejadian pergaduhan yang melibatkan sekumpulan lelaki.

"Polis mengesahkan menerima dua laporan pada hari yang sama berkaitan isu kejadian pergaduhan ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di dalam sebuah kafe yang membawa kepada pergaduhan di luar kafe terbabit.

"Kesemua suspek yang ditangkap telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari," katanya.

Artikel Berkaitan: