Sultan Selangor, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tun Salahuddin

Sultan Sharafuddin (kiri) dan Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 pada tanggal 26 Julai 2009. Foto: Facebook Selangor Royal Office (Kanan: Hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.)
Sultan Sharafuddin (kiri) dan Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 pada tanggal 26 Julai 2009. Foto: Facebook Selangor Royal Office (Kanan: Hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.)
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang meninggal dunia pada Jumaat.

Turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Abang Muhammad Salahuddin ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda bertitah mengenali rapat Allahyarham semasa hayat beliau, khususnya ketika menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak sehingga tahun 2014 yang mencurahkan khidmat dan bakti demi kesejahteraan rakyat negeri tersebut.

"Baginda berdua berharap waris Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," titahnya menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.

Pada Jumaat, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam di Pusat Perubatan Normah, Kuching akibat sakit tua.

Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri sebanyak dua kali.

Artikel Berkaitan: