Salji hitam landa kampung di Rusia

Penduduk tempatan mengadu kehadiran salji hitam di Kampung Omsukchan, Rusia baru-baru ini. - Foto The Siberian Times/NeMagadan
Penduduk tempatan mengadu kehadiran salji hitam di Kampung Omsukchan, Rusia baru-baru ini. - Foto The Siberian Times/NeMagadan
A
A
A

MOSCOW - Penduduk di kampung Omsukchan di Magadan, Siberia, Rusia mengadu tentang musim sejuk yang tercemar akibat kehadiran salji dan abu hitam seperti malam baru-baru ini.

Penduduk tempatan di kampung terpencil tersebut menyatakan bahawa anak-anak mereka bermain di jalanan dan taman permainan yang diselubungi abu dan salji hitam.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh seorang penduduk berkata: "Ini adalah taman permainan di kampung Omsukchan. Pada Januari ini, anak-anak kita di luar sana bermain salji hitam. Beginilah cara kita hidup di sini pada abad ke-21."

Seorang lagi berkata: "Ini (adalah) kampung Omsukchan dan salji hitam, hitam sepenuhnya."

Penduduk menyatakan bahawa walaupun mengeluh sejak kejatuhan Kesatuan Soviet tiga dekad lalu, tiada apa yang berubah.

"Anak-anak kami masih menghirup debu hitam," kata seorang penduduk.

Pegawai pentadbiran wilayah menyatakan bahawa punca mimpi ngeri di Omsukchan dan Seimchan adalah loji air panas yang menggunakan kuasa arang batu. - Agensi

Artikel Berkaitan: