Hasni mahu pertahan DUN Benut, tidak kisah siapa lawan

Hasni Mohammad
Hasni Mohammad
A
A
A

PONTIAN - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Johor mahu terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

"Jika diberi peluang sekali lagi, saya mahu bertanding di Benut," katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Benut di Dewan Kompleks Muafakat Sungai Pinggan Benut di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa adik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal bertanding di DUN Benut, Hasni hanya menjawab ringkas sambil tersenyum.

"Lebih ramai, lebih meriah," katanya.

Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian disebut-sebut akan menentang Hasni di DUN Benut.

DUN Benut antara dua kerusi DUN yang terletak di Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.

Pada PRU14 lalu, Hasni menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (Pas) dengan majoriti 4,447 undi.

Artikel Berkaitan: