'Suami ditembak berkali-kali ketika lindungi anak'

No Image Caption
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Isteri kepada pelukis warga Indonesia yang menjadi mangsa pengganas dalam serangan di Masjid Al Noor, Christchurch menceritakan bagaimana suaminya mendapat kecederaan serius dalam kejadian yang berlaku, Jumaat lalu.

Alta Marie melalui catatan Facebooknya berkata, suaminya, Zulfirman Syah ditembak berkali-kali ketika memberi pelindungan kepada anak lelaki mereka, Averroes.

“Suami saya melindungi putera kami sepanjang serangan itu. Dia terkena banyak tembakan dan kecederaannya jauh lebih teruk daripada putera kami.

“Ketika ini dia sudah stabil dan masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan ,” tulisnya.

Alta berkata, suaminya akan dipindahkan ke wad biasa sekiranya menunjukkan perkembangan positif.

Bercerita tentang keadaan anaknya, Alta berkata, Averroes selesai menjalani pembedahan membuang serpihan peluru di kaki dan punggungnya.

“Dia menjalani pemulihan dengan baik dan tetap ceria. Dia juga aktif sepanjang menerima rawatan,” katanya.

Dalam pada itu Alta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendokan kesihatan suami dan anaknya itu.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 50 mangsa dilaporkan terkorban dalam serangan berdarah ketika solat Jumaat itu.