50 warga asing dicekup di Pantai Bagan Pasir

Sebahagian warga asing yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor pada Jumaat.
Sebahagian warga asing yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 4 Semenyih pada Jumaat menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pesisir Pantai Bagan Pasir ketika rondaan kira-kira jam 12.10 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka membabitkan lelaki, wanita dan remaja berusia lingkungan 16 hingga 51 tahun.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru sahaja memasuki negara ini melalui laluan jalan laut dengan menggunakan bot.

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, mereka akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus.

"Kami meminta masyarakat memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," ujarnya.

Artikel Berkaitan: