Remaja 18 tahun ketuai geng curi motosikal


KAMPAR - Seorang remaja dipercayai menjadi dalang utama Geng Shuren yang aktif mencuri motosikal di daerah Kampar dan Tapah sejak lima bulan lalu.
Bagaimanapun, kegiatan remaja berusia 18 tahun bersama enam ahli kumpulannya itu tumpas selepas serbuan dilakukan berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, dengan penahan tujuh suspek itu pihaknya percaya lapan kes curi motosikal termasuk satu kes di Tapah berjaya diselesaikan.
“Kira rampas motosikal yang disembunyikan di rumah salah seorang suspek, empat rangka yang dibuang di kawasan semak di Bidor dan beberapa komponen motosikal lain. Sebuah motosikal turut ditemui di tepi Jalan Kampar Putra yang belum sempat dileraikan.
“Modus operandi geng ini adalah mencuri secara berkumpulan untuk dileraikan komponennya sebelum dibuang di daerah berhampiran termasuk di kawasan semak dan lombong,” katanya pada sidang media di IPD Kampar di sini, hari ini.
Menurutnya, salah seorang suspek turut membuka sebuah bengkel motosikal di rumahnya dan motosikal dicuri bagi memenuhi permintaan pelanggan dan komponen yang dileraikan adalah untuk kegunaan sendiri selain dijual untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian.
“Tiga suspek mempunyai rekod lampau dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, ujian urin mendapati kesemua suspek adalah negatif dadah,” katanya.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan sementara seorang suspek di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membabitkan pamer nombor pendaftaran palsu,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Scammer' pelaburan warga asing rekrut warga tempatan jadi 'penjaga'
24 Oktober 2026 11:25amPencuri nekad tolak lembu dari kereta selepas dikejar penduduk
01 Disember 2025 03:50pmSindiket Aceh 'kuasai' perairan Selangor
22 November 2025 08:00amSindiket edar cecair vape dadah tumpas
28 Ogos 2025 03:04pmIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmKedi buta mata kanan akibat terkena bola golf
09 November 2026 09:20am- Iklan -- Iklan -
