Akauntan ditahan bantu siasatan seleweng wang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU- Seorang penolong akauntan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki melakukan penyelewengan wang berjumlah hampir RM100,000.

Suspek lelaki yang berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pada pukul 3 petang pada Rabu selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2016 hingga 2018, suspek yang bertanggungjawab dalam menguruskan akaun pejabatnya yang berpusat di sebuah daerah telah menyeleweng wang tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, jam 9 pagi Khamis untuk pertuduhan.

Artikel Berkaitan: