[VIDEO] Tujuh rumah guru, staf Pusat Pengajian Taman Islam terbakar

Api sedang marak dalam kejadian kebakaran di Pusat Pengajian Taman Islam, Kampung Bakau Tinggi, Kemaman. Foto: Ihsan pembaca
Api sedang marak dalam kejadian kebakaran di Pusat Pengajian Taman Islam, Kampung Bakau Tinggi, Kemaman. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Tujuh kediaman yang dihuni 32 guru dan kakitangan Pusat Pengajian Taman Islam di Kampung Bakau Tinggi di sini musnah dalam kebakaran pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbullah Halipah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi sebelum mengerahkan 34 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dan Kijal ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kita dapati api sedang marak dan tiga unit rumah telah terbakar sebelum merebak ke empat buah rumah yang lain.

"Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebahagian kitab agama yang musnah dalam kebakaran. Foto: Ihsan pembaca
Sebahagian kitab agama yang musnah dalam kebakaran. Foto: Ihsan pembaca

Menurut Mohd Hasbullah, pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada terus merebak ke kediaman lain dan operasi memadam kebakaran ditamatkan jam 9.45 pagi.

"Struktur rumah daripada kayu dan separuh batu yang dibina secara berdekatan antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.

"Setakat ini punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Rabi
Mohd Rabi

Sementara itu, Mudir Pusat Pengajian Taman Islam, Mohd Rabi Ali berkata, rumah yang dihuninya bersama keluarga musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

"Saya sendiri turut terkesan kerana selain kediaman, dua almari yang mengandungi kitab-kitab pengajian agama semuanya musnah dalam kebakaran ini," ujarnya.

Biarpun sedih dengan tragedi itu, daripada raut wajah Mohd Rabi tidak menunjukkan rasa kesal dan putus asa, malah dia tidak putus-putus mengalunkan zikir.

"Kami semua masih terkejut, namun kami perlu tabah dan reda dengan ujian ini," katanya.

@sinarharianonline Beberapa buah rumah di Taman Islam, Bakau Tinggi Kemaman terbakar. #fyp#VideoViral#SinarHarian#TikTokSinar original sound - Sinar Harian