Harqis Empire serah zakat perniagaan RM425,000

Nur Saidatul Akma menyerahkan replika pembayaran zakat RM425,000 kepada Tengku Hassanal pada majlis penyerahan zakat perniagaan dan anugerah zakat di Hotel Grand DarulMakmur di sini pada Selasa.
Nur Saidatul Akma menyerahkan replika pembayaran zakat RM425,000 kepada Tengku Hassanal pada majlis penyerahan zakat perniagaan dan anugerah zakat di Hotel Grand DarulMakmur di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat Harqis Empire Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM425,000 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Saidatul Akma Jamaluddin berkata, sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik Islam menjadi kewajipan untuk melaksanakan pembayaran zakat sama ada secara bulanan dan tahun.

Menurutnya, pembayaran wang zakat itu diharap dapat menjadi asbab kepada pihak PKZ Pahang untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan.

"Hari ini, Harqis Empire berjaya menyerahkan pungutan zakat hampir setengah juta hasil daripada jualan makanan kesihatan.

Hasil keberkatan berzakat selama ini banyak membantu memudahkan urusan perniagaan dari semasa ke semasa.

"Kalau diizinkan ALLAH, saya mahu membayar zakat RM100,000 sebulan.

Jadi saya kena terus berusaha memajukan perniagaan ini dan pembayaran zakat dapat dipertingkatkan jumlahnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penyerahan zakat perniagaan dan anugerah zakat di Hotel Grand Darul Makmur di sini pada Selasa.

Majlis penyerahan zakat perniagaan badan-badan korporat telah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah

Artikel Berkaitan:

Nur Saidatul Akma yang membuka ruang pekerjaan kepada orang ramai menjana pendapatan melalui platform yang disediakan seperti menjadi dropship, ejen dan stokis untuk menjual produk keluar syarikatnya.

Menurutnya, mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, hampir RM16 juta pada 2021.

"Hasil daripada perolehan sebanyak itu membolehkan syarikatnya membayar zakat dengan lebih banyak," katanya.

Jelasnya, pandemik Covid-19 memberi kesan positif kepada perniagaan apabila merekodkan jualan lebih 1.5 juta unit produk minuman kesihatan keluarannya.

Tambahnya, pada ketika itu, perniagaan secara dalam talian dilakukan 100 peratus menunjukkan peningkatan tiga kali ganda pada tahun lalu.

"Saya sangat syukur walaupun pandemik pada awalnya membuatkan prestasi stokis dan ejen agak menurun, namun saya sebagai pengasas produk bangkit serta ternyata berjaya.

"Alhamdulillah, apabila mereka telah mula capai momentum jualan, kami berjaya akhirnya capai sasaran jualan tahun lalu,"katanya.