Presiden, Setiausaha Agung Muda dirakam keterangan

Perhimpunan aman diadakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkaitan Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lalu.
Perhimpunan aman diadakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkaitan Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agungnya, Amira Aisya dipanggil polis untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa.

Syed Saddiq tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua pimpinan Muda itu disiasat berkaitan perhimpunan penyerahan memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim yang berlangsung di Parlimen.

"Siasatan masih lagi berjalan dan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) APA 2012 dan Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 (Kawalan Berhimpun)," katanya.

Pada Khamis, Muda menyerahkan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim kepada Ahli-Ahli Parlimen yang disampaikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen.

Artikel Berkaitan: