JKMPay hanya libatkan penerima elaun baharu

Siti Zailah. - Foto Bernama
Siti Zailah. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaksanaan sistem bantuan tanpa tunai bagi pemberian elaun orang kurang upaya (OKU), JKMpay, merupakan projek rintis yang hanya melibatkan penerima baharu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pelaksanaan JKMpay tidak melibatkan penerima bantuan sedia ada.

"Ini salah faham. Projek rintis JKMPay ini tiada paksaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mewakili menterinya, Datuk Seri Rina Harun menerima memorandum bantahan daripada 13 persatuan OKU di pekarangan kementerian, di sini pada Selasa.

Menurutnya, kementerian telah membuat kajian sebelum pelaksanaan projek tersebut.

"Kita akan lihat memorandum dan akan mencari jalan penyelesaian kepada isu yang berbangkit," katanya.

Sebelum itu, 50 individu OKU dari 13 persatuan berhimpun di pekarangan kementerian untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Rina.

Artikel Berkaitan: