X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

[VIDEO] Brek rosak, lori tanah rempuh enam kenderaan

Sebuah lori merempuh enam kenderaan dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengalami masalah brek, enam buah kenderaan dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi di sini pada Isnin.

Kejadian tersebut sebelum itu yang dirakam penduduk berhampiran menjadi tular di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima video tular berkaitan kejadian kira-kira jam 4.20 petang.

"Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku semasa sebuah lori yang membawa muatan tanah dari arah tapak pembinaan berhampiran Kondominium Pantai Hill Park.

"Ketika melalui Jalan Kerinchi berhampiran lampu isyarat pejalan kaki, sistem brek lori berkenaan dipercayai gagal berfungsi lalu melanggar kenderan yang sedang dipakir di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan terbabit menggelongsor serta melanggar kenderaan lain.

"Siasatan turut mendapati lori tersebut juga telah melanggar tiga kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

"Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, pemandu lori berusia 49 tahun itu ditahan selepas kejadian dan menjalani ujian pernafasan alkohol (EBA).

"Hasil dari ujian mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif," katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999.

"Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Isnin, tular sebuah video di Facebook memaparkan sebuah lori membawa muatan tanah merempuh enam kenderaan dalam kejadian di berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi di sini pada Isnin.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!