Empat rakyat Mesir disahkan maut

Penyerang masjid di Christchurch muncul di mahkamah hari ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan
Penyerang masjid di Christchurch muncul di mahkamah hari ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan
A
A
A

KAHERAH - MESIR . Kementerian Imigresen Mesir mengesahkan empat rakyat negara itu terkorban dalam serangan pengganas di dua masjid di New Zealand pada Jumaat, lapor Xinhua.

Maklumat itu disahkan selepas kementerian menghubungi Kedutaan Besar Mesir di New Zealand pada Sabtu.

Menurut kenyataan kementerian, Duta Besar Mesir ke New Zealand Tarek el-Wassimy memaklumkan empat pekerja telah ditugaskan bagi membantu keluarga mangsa.

"Jenazah kesemua mangsa dijadual diterbangkan ke Mesir untuk urusan pengkebumian pada Selasa," kata kenyataan itu.

Menurut duta itu lagi jumlah sebenar rakyat Mesir yang cedera belum dapat disahkan.

Susulan insiden menyayat hati itu, tiga suspek ditahan setakat ini oleh pihak berkuasa New Zealand dan seorang daripadanya dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu kerana didakwa membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: