Kerajaan perlu kaji semula kaedah bayaran bantuan OKU melalui JKMPay

Ras Adiba
Ras Adiba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang mengkaji semula pendekatan dan kaedah pelaksanaan pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai menerusi JKMPay dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) bagi mengelak kesulitan dan memastikan tidak ada OKU tercicir dalam penggunaan kemudahan itu.

Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu melaksanakan satu kajian berkenaan JKMPay dalam kalangan OKU sebelum projek rintis itu diperluaskan.

"Kementerian seharusnya melaksanakan program kesedaran penggunaan e-wallet (e-dompet) atau ‘e-pay’ kepada komuniti OKU termasuklah mendedahkan kelebihan penggunaan Touch n go e-wallet, Grab Pay, Boost dan fave.

"Pihak kementerian juga perlu bekerjasama dengan pertubuhan dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) berkaitan komuniti OKU untuk menyampaikan maklumat berkenaan penggunaan JKMPay dan usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat digital,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengambil kira kesukaran yang dihadapi beberapa kategori OKU seperti OKU Fizikal sekiranya JKMPay ini hanya dilaksanakan di beberapa premis.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada komuniti OKU berkenaan pembayaran bantuan kebajikan menerusi JKMPay yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyokong tindakan kerajaan yang berhasrat untuk memacu transformasi perkhidmatan digital sektor awam ke arah mewujudkan masyarakat digital. - Bernama

Artikel Berkaitan: