Sultan Selangor hargai usaha LZS bantu mangsa banjir

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita dengan usaha serta inisiatif dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas akibat banjir di Selangor dalam kejadian 18 Disember lalu.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook berkata, baginda telah bertitah agar LZS menyegerakan bantuan kepada mangsa-mangsa terjejas di setiap daerah sebaik dimaklumkan bencana terburuk dalam tempoh 20 tahun itu.

Menurut kenyataan itu, LZS secara proaktif telah menyalurkan bantuan awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) berupa 5,000 pek makanan bermasak, makanan kering dan barang keperluan harian.

"Bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM600 kepada mangsa banjir dalam kalangan asnaf dan bukan asnaf turut disalurkan.

"LSZ turut menyediakan platform portal, LZS Peduli untuk menyegerakan dan mempermudahkan proses permohonan bantuan, " menurut kenyataan itu pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, LZS telah mengeluarkan bantuan zakat sebanyak RM37. 17 juta kepada 47,413 penerima sehingga 31 Disember lalu.

Justeru, baginda berharap bantuan disalurkan oleh LZS itu dapat mengurangkan beban mangsa dan berupaya membantu mereka bangkit kembali selepas dilanda musibah.

Artikel Berkaitan: