Suspek tikam suami hingga mati direman tujuh hari

Suspek memakai baju lokap berwarna unggu dan berseluar jingga direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes.
Suspek memakai baju lokap berwarna unggu dan berseluar jingga direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township, di sini pada Ahad direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry bermula Isnin sehingga 30 Januari ini.

Reman terhadapnya dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum itu memakai baju lokap berwarna unggu dan berseluar jingga tiba di pekarangan mahkamah, kira-kira jam 10.15 pagi dengan menaiki van diiringi anggota polis.

Media pada Ahad melaporkan, seorang lelaki mati dipercayai ditikam isterinya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township, di sini pada petang Ahad.

No Image Caption
Play Icon

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 petang itu, mangsa berusia 56 tahun ditikam dengan senjata tajam pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada anak perempuan mangsa berusia 18 tahun dan berdasarkan disiasatan awal kejadian dipercayai bermotifkan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan: