RM11 juta kos operasi bersih sampah banjir

Operasi pembersihan oleh kontraktor KDEBWM dijangka berakhir pada Mac.
Operasi pembersihan oleh kontraktor KDEBWM dijangka berakhir pada Mac.
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) membelanjakan RM11 juta bagi menguruskan operasi pembersihan sampah banjir melibatkan lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sejak 20 Disember lalu.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, kos tersebut termasuk menyewa jentera tambahan terutama di kawasan yang terjejas teruk termasuk Taman Sri Muda, Taman Sri Nanding, Padang Jawa, Meru dan Kampung Bukit Lanchong.

Ramli Mohd Tahir
Ramli Mohd Tahir

Menurut beliau, operasi pembersihan pasca banjir fasa kedua diteruskan di kawasan Taman Sri Muda dengan menfokuskan kepada kerja-kerja pembersihan longkang bersaiz 1.5 meter ke bawah.

"Operasi pembersihan turut melibatkan sampah pukal pasca banjir. Kami menjangkakan operasi bermula 8 Januari akan berakhir pada penghujung Mac depan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelas beliau, KDEBWM akan terus memastikan proses pembersihan fasa kedua berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

"Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang operasi pembersihan dan KDEBWM akan memastikan perkhidmatan pada tahap terbaik.

Artikel Berkaitan:

Fasa kedua melibatkan pembersihan longkang di kawasan terjejas banjir.
Fasa kedua melibatkan pembersihan longkang di kawasan terjejas banjir.

Hujan berterusan selama dua hari melanda Lembah Klang menyebabkan lapan daerah terjejas banjir dalam kejadian 18 Disember lalu.

Daerah terbabit ialah Shah Alam, Hulu Langat, Subang Jaya, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.