Lokonga bermain dengan baik

Albert Sambi Lokonga
Albert Sambi Lokonga
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta kagum dengan persembahan Albert Sambi Lokonga semasa The Gunners melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang Burnley dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners mempunyai peluang untuk melonjak dalam kelompok empat teratas, namun mensia-siakan peluang dimiliki itu dengan persembahan hambar pada sepertiga akhir padang.

Kelab utara London itu berjaya melakukan 20 percubaan ke gawang, namun hanya lima tepat menemui sasaran sekali gus menyaksikan penjaga gol Clarets Nick Pope menikmati kunjungan ke Stadium Emirates dengan selesa kecuali satu penyelamatan yang hebat.

Biarpun keputusan itu sangat mengecewakan untuk The Gunners, namun Arteta memilih untuk kekal positif sambil menyifatkan Lokonga bermain lebih baik di musim debutnya.

“Saya percaya Lokonga sedang berkembang, dia bermain lebih baik malah bertambah lebih baik.

"Berbanding aksi berdepan Liverpool sebelum ini, saya percaya dia mempunyai permainan yang sangat baik ketika menentang Liverpool, pemahamannya mengenai permainan, selain menguruskan fizikal dengan lebih baik, dia semakin matang.

“Banyak yang perlu ditanya. Apabila kami menandatanganinya, jangkaan yang kami ada untuknya pada tahun pertama adalah mula menyesuaikan diri. Namun, dia terpaksa bermain lebih banyak minit daripada yang kami jangkakan dan dia cuba yang terbaik," ujarnya.

Untuk rekod, Lokonga merupakan pemain tengah berusia 22 tahun kelahiran Belgium menyertai Arsenal dari gergasi liga Belgium, Anderlecht telah melakukan 69 penampilan bersama kelab tersebut sebelum ini.

Artikel Berkaitan: