X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Speaker umum Warta Kerajaan Negeri Johor DUN bubar

Suhaizan ( kanan) menyerahkan Warta Kerajaan kepada Nor Nekman ( kiri) di Kota Iskandar pada Ahad.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor, Suhaizan Kaiat pada Ahad memaklumkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran DUN Johor pada 22 Januari.

Warta itu memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Johor yang ke-14 mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895.

Pada Sabtu, Sultan Johor , Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, menghadap Sultan Johor bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN, di Istana Bukit Serene, di sini, pada jam 5 petang Sabtu.

Satu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Dalam pada itu, Suhaizan ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai Speaker, beliau menjalankan tugas tersebut masih digalas sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk dan pelantikan Speaker DUN dibuat.

"Saya masih lagi Speaker DUN Johor sehingggalah kerajaan negeri baharu dibentuk dan Speakar baharu dilantik," katanya selepas menyerahkan pemasyhuran Warta Kerajaan berhubung pembubaran DUN Johor di Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Nor Nekman Jaiman berkata pihaknya akan merujuk ibu pejabatnya sebelum membuat persediaan termasuk mesyuarat khas bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Setakat ini kita masih belum ada tarikh bila mesyuarat urusan PRN Johor ke-15 akan diadakan.

"SPR Johor akan merujuk ibu pejabat dahulu termasuk memaklumkan penerimaan Warta Pemasyhuran Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang diterima daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.

"Mesyuarat membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ke-15, terpulang kepada ibu pejabat bagi menentukan tarikhnya. Pengumuman akan dibuat nanti," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!