DUN Johor bubar, kerajaan Perak tidak terjejas

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

TAIPING - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak akan memberi kesan terhadap kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keutuhan pentadbiran kerajaan negeri kekal kerana mempunyai sokongan daripada parti yang menyokong kerajaan serta pembangkang.

"Saya tidak tahu apa alasan di Johor, kemungkinan kerana majoritinya tipis tetapi di Perak tiada. Saya menerima sokongan yang kuat daripada parti-parti yang menyokong kerajaan dan juga pembangkang.

"Jadi tiada sebab untuk kita membubarkan (DUN). Masa masih ada, bagi peluang tempoh yang ada untuk kita membangunkan negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arena Sukan Aulong di sini pada Ahad.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (empat), Pas (tiga), Parti Keadilan Rakyat (tiga), Parti Bangsa Malaysia (tiga) dan bebas (satu).

Ditanya mengenai tindakan UMNO Kelantan yang memutuskan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional yang dikhuatiri menjejaskan Perak, Saarani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Lain padang lain belalang. Setakat ini dalam kerajaan negeri saya baik dengan orang Bersatu, Pas serta pembangkang," katanya.

Artikel Berkaitan: