Polis kenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki

Polis telah mengenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki di Stesen LRT Bangsar pada pagi Sabtu.
Polis telah mengenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki di Stesen LRT Bangsar pada pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki di Stesen LRT Bangsar di sini pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya juga sedang mengesan individu lain yang terlibat dalam himpunan ini.

"Polis telah kenal pasti sebahagian daripada peserta himpunan itu, manakala selebihnya dalam tindakan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, polis memaklumkan akan memanggil penganjur himpunan #TangkapAzamBaki untuk dirakam keterangan berhubung dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata ketika ini, pihaknya masih mengenal pasti penganjur perhimpunan berkenaan untuk tindakan susulan.

"Dalam perhimpunan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: