PM New Zealand batal perkahwinan kerana Omicron

Ardern (kanan) terpaksa menunda majlis perkahwinanya dengan pasangan, Clarke Gayford akibat penularan Omicron.
Ardern (kanan) terpaksa menunda majlis perkahwinanya dengan pasangan, Clarke Gayford akibat penularan Omicron.
A
A
A

WELLINGTON - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya sendiri selepas beliau mengetatkan sekatan Covid-19 bagi membendung penularan varian Omicron dalam komuniti.

Ardern meletakkan New Zealand dalam fasa Amaran Merah selepas kemunculan sembilan kes baharu Omicron membabitkan sebuah keluarga yang mengembara antara bandar untuk menghadiri majlis perkahwinan yang dihadiri 100 tetamu.

Salah seorang pramugari dalam pesawat dinaiki keluarga terbabit turut disahkan positif.

"Perkahwinan saya tidak akan diteruskan. Seperti orang lain yang mempunyai masalah sama, saya juga kecewa.

"Saya tiada beza dengan beribu-ribu rakyat New Zealand lain yang menerima kesan lebih dahsyat akibat pandemik ini," katanya.

Susulan fasa Amaran Merah, New Zealand akan mengenakan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan premis perniagaan serta mengehadkan jumlah individu dalam satu-satu perhimpunan mulai tengah malam Ahad.

Sekatan baharu dijangka kekal sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan depan.

Ardern dan pasangannya, Clarke Gayford tidak pernah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, tetapi ia dipercayai dijadualkan beberapa minggu akan datang.

Artikel Berkaitan:

New Zealand merekodkan 15,104 kes jangkitan Covid-19 dengan 52 kematian sejak pandemik bermula.

Negara tersebut melaksanakan sekatan sempadan yang ketat dan penutupan segera sejak dua tahun lalu. - AFP