X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Arsenal kumpul tenaga buru slot empat teratas

Mikel Arteta FOTO: AFP
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta kini mengalih tumpuan kepada persaingan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas The Gunners disingkirkan daripada Piala Liga, dengan kelab utara London itu berkemungkinan menyaksikan kemarau trofi berpanjangan.

Setelah tersingkir daripada Piala FA awal bulan ini, Arsenal tewas secara agregat 2-0 pada separuh akhir Piala Liga kepada Liverpool, pada Khamis.

Arsenal kini berada di tempat ketujuh liga - di belakang seteru setempat Tottenham Hotspur dan kurang empat mata di belakang pasukan kelompok keempat Manchester United sedang mencari slot layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2016.

"Kami di sini untuk memenangi perlawanan bola sepak dan itulah tekanannya. Kami tahu jumlah perlawanan yang perlu dimenangi jika mahu berada di sana, tetapi anda tidak boleh melihat terlalu jauh ke hadapan.

“Terdapat banyak perkara luar jangkaan yang berlaku beberapa minggu kebelakangan ini dan ternyata amat sukar untuk menguruskan pasukan kerana kami kehilangan ramai pemain akibat kecederaan dan tugasan negara.

“Biarpun begitu kami perlu bersatu semula, perlu menang pada Ahad dan pada masa sama mendapat pemain baharu di jendela perpindahan pemain,” kata Arteta menjelang kunjungan Burnley di Stadium Emirates bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kesatuan dalam kalangan para pemain Arsenal diuji ketika berdepan Liverpool, namun Arteta menegaskan, dia tidak dapat memastikan sama ada mereka yang terlepas perlawanan akan kembali menentang Burnley ketika kelab London itu menangani isu kecederaan, penggantungan dan tugasan pemain di Piala Negara-Negara Afrika.

"Kami perlu pergi hari demi hari. Terdapat pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersama-sama dalam perjalanan ini dan kami akan menilai secara menyeluruh.

"Perkara yang baik ialah mereka semua mahu terlibat secepat mungkin... Mudah-mudahan, kami tidak kehilangan pemain lain apabila berdepan Burnley," tambah Arteta.

Sementara itu, situasi tenang di Burnley yang tidak beraksi saingan liga sejak 2 Januari selepas penangguhan akibat wabak Covid-19, Arteta tetap menjangkakan tentangan sengit The Clarets pimpinan Sean Dyche satu perlawanan yang sukar.

"Burnley sebenarnya kelab yang kompetitif. Bagi kami, ia adalah perlawanan yang besar kerana selepas kekalahan dan kekecewaan menentang Liverpool, kami perlu kembali ke landasan kemenangan bermula dengan Burnley," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!