Maksud tulisan pada senapang Brenton

No Image Caption
A
A
A

NEW ZEALAND - Pembunuh tidak berperikemanusiaan yang menembak hampir 50 umat Islam di Christchurch, New Zealand semalam menulis beberapa nama di atas senapang digunakannya.

Nama tersebut ditulis dengan warna putih pada senjata rakyat Australia itu, Brenton Tarrant, 28, dan boleh dilihat ketika dia membuat serangan secara ‘live-stream’.

Berikut adalah nama-nama ditulis pada senapangnya dan kisah di sebalik individu tersebut:

1. Dmitry Senyavin - Laksamana Rusia yang berperang melawan Turki termasuk Perang Russo-Turki (1787-1792) dan Perang Rusia-Turki (1806-12).

2. Serban Cantacuzino - Bekas Putera Romania yang menyerang Constantinople dan menggerakkan Uthmaniyah keluar dari Eropah.

3. Marko Miljanov - Jeneral Montenegrin yang berjuang dalam beberapa kempen melawan Uthmaniyah.

4. Stefan Lazarević - Putera Serbia yang bersahabat dengan Uthmaniyah sebelum membebaskan negaranya daripada empayar tersebut dan menjadi negara merdeka.

5. Edward Codrington - Laksamana British yang bertempur dalam Perang Napoleon. Dia juga berperang melawan orang Turki dan Mesir semasa Perang Kemerdekaan Yunani.

Artikel Berkaitan:

6. Marco Antonio Bragadin - Pegawai Republik Venice yang mengetuai perang apabila Turki menyerang Cyprus.

7. Ernst Rüdiger Starhemberg - Ahli politik nasionalis Austria dan pemimpin pertubuhan Frontland Front.

Berikut pula adalah nama-nama dipercayai menjadi inspirasi buat lelaki kejam itu menembak puluhan umat Islam:

1. For Rotherham - Merujuk kepada skandal penderaan seksual kanak-kanak Rotherham.

2. Alexandre Bissonnette - Penjenayah yang melakukan serangan bersenjata di Masjid Quebec pada Januari 2017.

3. Luca Traini - Ekstremis Itali yang menembak enam pendatang Afrika di Macerata pada Februari 2017. Dia ditangkap ketika membuat tanda hormat Hitler dengan bendera Itali di bahunya.

4. Pertempuran Nauplia 1770 - Pertempuran kecil semasa Perang Rusia-Turki (1768-1774) antara armada kecil Rusia dan penyokong Uthmaniyah yang lebih besar.

5. Bajo Pivljanin - Dilahirkan di bawah pemerintahan Uthmaniyah dan melawan bekas raja-raja dan akhirnya terbunuh dalam peperangan.

6. Pertempuran Belgranica, 1913 - Pertempuran Perang Balkan Kedua ketika Bulgaria menyerang bekas sekutu Serbia dan Yunani. Uthmaniyah kemudian merampas kembali wilayah lama dari Bulgaria.

7. Putera Fruzhin - Seorang bangsawan Bulgaria yang berperang melawan penaklukan Uthmaniyah.

8. Sebastiano Venier - Ketua Republik Venice yang bertempur melawan Turki semasa Perang Uthmaniyah-Venice Keempat (1570-1573).

9. Kapal Shipka - Sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam Perang Rusia-Uthmaniyah (1877-1878).

10. Novak Vujosevic - Bertempur dalam perang Fundina untuk Pemerintahan Montenegro melawan Turki Uthmaniyah.