Proses tender naik taraf sekolah murid jatuh beranda bulan depan

KPM memberi jaminan proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti SK Long Bemang, Miri, Sarawak akan dibuat selewat-lewatnya bulan depan.
KPM memberi jaminan proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti SK Long Bemang, Miri, Sarawak akan dibuat selewat-lewatnya bulan depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Miri, Sarawak akan dibuat selewat-lewatnya bulan depan.

Ia susulan kes murid Tahun Dua sekolah itu yang dilaporkan terjatuh dari beranda sekolah kerana kayu penghadang telah reput.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semakan telah dibuat dan sekolah itu sememangnya berada dalam senarai projek pembangunan atau penyelenggaraan bangunan daif di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kita akan usahakan sebaik mungkin supaya proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti SK Long Bemang akan dibuat selewat-lewatnya bulan Februari ini.

"Sebagai tindakan segera, JPN Sarawak telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja menggantikan kayu penghadang koridor dan pembaikan kecil lain di sekolah tersebut yang kini giat dilaksanakan dan sebahagiannya telah siap.

"KPM akan memastikan pelaksanaan projek penggantian ini berjalan lancar dan proses pelantikan kontraktor selepas tender dibuka kelak dimuktamadkan secepat mungkin bagi membolehkan fasiliti yang lebih kondusif dan selamat untuk warga sekolah dapat disediakan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dari sekolah tersebut cedera selepas terjatuh dari beranda sekolah kayu, Rabu lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga itu mengalami luka kecil di kepala, bahu dan tangan kanannya namun dilaporkan stabil sebelum dibenarkan discaj pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: