Kerjasama Pas-UMNO Kelantan kekal hingga PRU15: Ahmad

Foto Facebook Dato' Ahmad Yakob
Foto Facebook Dato' Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan menegaskan hubungan kerjasama antara parti itu dengan UMNO di negeri ini masih lagi kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu dikongsikan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu.

"Pas Kelantan masih mengekalkan hubungan dengan UMNO Kelantan sehingga PRU15.

"Keputusan ini dibuat semasa perjumpaan dengan Biro Politik UMNO petang ini," katanya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan melalui Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas selepas pertemuan bersama Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas Pas tetap menjalinkan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menuju PRU15.

Artikel Berkaitan: