Individu tular tendang gelandangan diburu polis

Gambar video klip berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.
Gambar video klip berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sedang memburu individu yang menendang seorang gelandangan dalam sebuah video tular dipercayai dirakam di hadapan pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya memulakan siasatan selepas video berdurasi 30 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook itu tular.

"Di dalam video tersebut menunjukkan kejadian seorang gelandangan dikasari oleh individu lain.

"Pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan terhadap suspek terlibat sebaik sahaja video berkenaan dikesan.
Artikel Berkaitan:


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan pada masa sama memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999," ujarnya.