Lelaki maut van terbabas langgar pokok

Kenderaan milik mangsa remuk dibahagian hadapan akibat melanggar pokok di Tanjung Piandang pada Sabtu. Foto:Ihsan Bomba Perak
Kenderaan milik mangsa remuk dibahagian hadapan akibat melanggar pokok di Tanjung Piandang pada Sabtu. Foto:Ihsan Bomba Perak
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang pemandu van maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Batu 11, Jalan Pantai, Tanjung Piandang di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Tarmizi Mohd Tajudin, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu van jenis Nissan Vanette dalam perjalanan dari Kuala Kurau menuju ke Tanjung Piandang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar pokok.

"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar dan bedah siasat akan dilakukan selepas memperolehi keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: