20 rumah setinggan terbakar

Usaha memadamkan kebakaran rumah setinggan sedang dilakukan oleh pasukan bomba di kawasan belakang sebuah sekolah di Kolombong, Kota Kinabalu.
Usaha memadamkan kebakaran rumah setinggan sedang dilakukan oleh pasukan bomba di kawasan belakang sebuah sekolah di Kolombong, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kira-kira 20 rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan belakang sebuah sekolah di Kolombong, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, seramai 12 anggota dari BBP Lintas dengan dibantu anggota daripada BBP Kota Kinabalu dan Penampang dikejar ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran sebanyak 20 rumah musnah terbakar.

"Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Katanya, operasi terkawal pada jam 5 pagi dan usaha memadamkan kebakaran sepenuhnya masih dilakukan.

Artikel Berkaitan: