X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

FAM umum pengganti Cheng Hoe hari ini

Kim Byung-soo
A
A

TEKA-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya bakal terjawab selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka mengumumkan pengganti bekas pengganti Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam satu sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Badan Siasatan Bebas Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar yang memberitahu laporan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah siap sepenuhnya.

“Selain daripada kita akan membentangkan laporan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya dan sesi soal jawab bersama presiden, kita juga akan umumkan jurulatih baharu pada esok (Jumaat).

“Tapi saya tidak boleh beritahu lebih lanjut mengenai jurulatih baharu pasukan kebangsaan.

Apa-apa pun FAM akan umumkan esok (Jumaat),” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sejak Cheng Hoe melepaskan jawatannya pada awal bulan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai calon yang bakal membimbing skuad Harimau Malaya.

Beberapa calon dari dua buah negara gergasi Asia - Korea Selatan dan Jepun dilaporkan menjadi pilihan FAM kerana mahu menerapkan elemen disiplin yang tinggi dalam skuad kebangsaan.

Antara nama yang berada dalam senarai ialah Kim Pan-goh yang ketika ini memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Penyeliaan Skuad Kebangsaan Korea Selatan.

Nama bekas ketua jurulatih skuad B-23 tahun Korea Selatan, Kim Hak-bum turut dikatakan berada dalam senarai FAM selain Park Jin-seop dan Kim Byung-soo.

Jin-seop adalah bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan dan pernah mengendalikan beberapa kelab dalam saingan K League, antaranya Gwangju FC, FC Seoul dan pasukan simpanan, Jeonbuk Hyundai Motors.

Byung-soo pula merupakan bekas pemain Taegeuk Warriors dan pernah mengendalikan beberapa kelab tempatan seperti Yeungnam University, Seoul E-Land dan Gangwon FC.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!