Isuzu buka pusat servis di Cameron Highlands

MAJLIS pelancaran Pusat Servis Sah baharu Isuzu di Cameron Highlands berlangsung meriah baru-baru ini.
A
A

ISUZU Malaysia Sdn Bhd meneruskan momentum cemerlang dengan melancarkan Pusat Servis Sah Isuzu di Persiaran Oriental Lily 1, Taman Oriental Lily, Tringkap, Cameron Highlands, Pahang.

Seperti pusat servis lain, premis ini antara lain menawarkan perkhidmatan komprehensif, cekap dan profesional.

Bersempena dengan pembukaan cawangan baharu ini, Isuzu juga akan menjalankan promosi khas sebagai tanda penghargaan untuk semua pelanggan khususnya di Cameron Highlands dengan memberi diskaun 15 peratus bagi alat ganti bermula Februari hingga Mei tahun ini.

Cameron Highlands merupakan pasaran penting bagi perniagaan kenderaan komersial (LCV) ekoran kawasan dan keadaan jalan raya yang sukar dan mencabar.

Keadaan itu menyebabkan permintaan trak pick-up adalah sangat menggalakkan di sini.

Pelanggan Isuzu di Cameron Highlands kini tidak perlu risau untuk melakukan servis berkala kerana pusat servis sah baharu ini menawarkan alat ganti yang dijamin asli serta berkualiti tinggi dan diselenggarakan oleh juruteknik terlatih Isuzu yang berkelayakan.

Jenama ini juga menyasarkan untuk menyelenggarakan 300 unit Isuzu LCV dalam tempoh setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai kenderaan Isuzu, lawati www.isuzu.net.my/pickup/.