X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Lulus 1.48 bilion baht tangani kenaikan harga barangan keperluan asas

Thanakorn - Foto The Bangkok Post
A
A

BANGKOK - Kabinet Thailand pada Selasa memperuntukkan 1.48 bilion baht (100 baht = RM12.65) daripada bajet kerajaan pusat untuk membiayai program yang menawarkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana berkata, 3,000 kedai termasuk kedai serbaneka, pusat beli-belah tempatan dan pasar di seluruh negara akan menyertai program selama tiga bulan itu.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 50 unit kedai bergerak juga akan menjual produk pada harga yang lebih rendah kepada komuniti di Bangkok dan wilayah berdekatan.

"Program ini dicadangkan oleh Kementerian Perdagangan dalam usaha kerajaan untuk mencegah kenaikan harga barangan keperluan.

"Produk yang diberi diskaun termasuk produk ladang seperti ayam, telur, daging babi dan produk keperluan daripada pembekal borong tempatan,” katanya pada sidang media di sini.

Tambahnya, agensi berkaitan turut mengambil tindakan menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat.

Minggu lepas, Bank of Thailand berkata inflasi kekal antara satu hingga tiga peratus tahun ini.

Di tengah-tengah kekurangan bekalan babi dalam negara itu, harga daging babi melonjak kepada lebih 200 baht (RM25.30) sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Ia mendorong kenaikan harga keperluan lain seperti daging ayam dan telur. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!