Perak cadang hantar pelajar ke Tunisia, Morocco

Asmuni pada sesi soalan lisan pada Sidang Dun Perak.
Asmuni pada sesi soalan lisan pada Sidang Dun Perak.
A
A
A
IPOH - Kerajaan Perak sedang mempertimbangkan untuk menghantar pelajar bidang agama menyambung pengajian ke Afrika Utara seperti di Tunisia dan Morocco.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi (Amanah-Manjoi) berkata, ia menjadi satu lagi langkah kerajaan negeri selain menghantar pelajar ke universiti-universiti di Timur Tengah seperti Mesir.

“Selain tempat-tempat tradisi, kita cuba agar pelajar bidang agama ini juga dapat dihantar ke universiti di Afrika Utara iaitu di Tunisia dan Morocco.

“Di bawah pengurusan Atase Kerajaan Negeri yang berpusat di Mesir, sebanyak RM250,000 disalurkan kepada pelajar Timur Tengah (Mesir dan Jordan),” katanya menjawab soalan tambahan Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol).

Menurutnya, sumbangan secara rekupmen tahunan itu bertujuan menampung perbelanjaan bayaran utiliti Wisma Perak Baitul Rahman, kos pengurusan pejabat, tambang pengangkutan pelajar dan kos perubatan termasuk pada waktu kecemasan.
Artikel Berkaitan:


“Di bawah Program Pembangunan Pendidikan Majlis Agama Islam Perak (Maipk), seramai 825 pelajar di Timur Tengah telah menerima zakat melalui Skim Bantuan Dermasiswa Luar Negara melibatkan 735 pelajar di Mesir, Jordan (86) dan Morocco (4),” katanya.