Nassuruddin, Fadzli dan sembilan Exco angkat sumpah esok?

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis angkat sumpah yang akan diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini pada Selasa dikatakan bakal menyaksikan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar (TMB).

Mereka juga dipercayai akan disertai sembilan Exco lain iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan sebagai muka lama.

Sementara itu, muka baharu pula ialah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Wan Rohimi Wan Daud (Melor).

Buat julung kalinya senarai Exco disertai oleh wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor (Air Lanas).

Barisan senarai kepimpinan baharu kerajaan Kelantan ini mulai tersebar di WhatsApp serta media sosial lain pada petang Isnin.

Sementara itu sumber dalaman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun sahih atau tidak senarai yang disebarkan ini ia bakal terjawab esok (Selasa) pada jam 3.30 petang.

Artikel Berkaitan: