Usaha cari budak hilang dalam hutan dipergiat

Operasi pencarian kanak-kanak hilang diperluas 15 kilometer. (Gambar kanan) Kamelia disedari hilang selepas didapati tidak bersama keluarga dan penduduk lain yang pulang dari mencari rotan.
Operasi pencarian kanak-kanak hilang diperluas 15 kilometer. (Gambar kanan) Kamelia disedari hilang selepas didapati tidak bersama keluarga dan penduduk lain yang pulang dari mencari rotan.
A
A
A

GERIK - Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan orang asli yang hilang ketika mengikuti keluarganya mencari hasil hutan di Kampung Selaur berhampiran Padang Jeri dekat sini diperluaskan hingga 15 kilometer pada Selasa.

Kamelia Anap, 10, disedari hilang sekitar jam 4.30 petang pada Khamis selepas didapati tidak bersama keluarga dan penduduk lain yang pulang dari mencari rotan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, operasi pencarian yang masuk hari kelima disambung semula pada jam 8.30 pagi dengan kekuatan 30 anggota dibantu jabatan dan agensi lain termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa).

"Operasi pencarian disambung semula pagi ini di sektor 5 dan diperluaskan sehingga radius 5 kilometer.

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Laporan kehilangan mangsa diterima pada jam 12.11 tengah hari pada Jumaat selepas usaha awal penduduk mencarinya gagal.

Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju berwarna kuning dan berseluar oren.

Selain bomba dan Jakoa, agensi lain terlibat termasuklah polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perhilitan dan Syarikat Komunikasi Sapura.

Artikel Berkaitan: