Bincang hala tuju industri logistik, pengangkutan

Ahli-ahli Majlis CILTM menyertai Bengkel Strategi Korporat dan Hala Tuju Ahli Pengurusan Majlis CILTM di Hotel Mardhiyyah, Seksyen 14, di sini.
Ahli-ahli Majlis CILTM menyertai Bengkel Strategi Korporat dan Hala Tuju Ahli Pengurusan Majlis CILTM di Hotel Mardhiyyah, Seksyen 14, di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 30 orang ahli Majlis The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) di seluruh negara menyertai Bengkel Strategi Korporat dan Hala Tuju Ahli Pengurusan Majlis CILTM bagi membincangkan masa depan industri logistik dan pengangkutan.

Presidennya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdulah berkata, bengkel tersebut diadakan di Hotel Mardhiyyah, Seksyen 14 di sini selama tiga hari sejak Jumaat hingga Ahad.

Menurutnya, bengkel tiga hari tersebut relevan dengan ahli Majlis CILTM sebagai badan profesional untuk logistik dan pengangkutan, malah pendedahan industri tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar harus diutamakan sebagai ahli CILTM.

"Selain itu, CILTM akan sentiasa bekerjasama dengan pihak universiti dan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan.

"Ahli Korporat CILTM juga akan ditengahkan sebagai rakan strategik dalam menjayakan Revolusi Perindustrian 4.0, Idea Bandar Lestari dan juga pasaran dalam Industri Halal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Mantan Presiden The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Antarabangsa, Datuk Dr Abd Radzak Abd Malek berkata, penganjuran bengkel tersebut relevan dengan era pasca pandemik membuktikan kepentingan bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan ke arah dunia pendigitalan yang mampan.

Ujarnya, bengkel tersebut dapat menjana percambahan idea dan pandangan antara ahli majlis CILTM yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk menyatupadukan seluruh sumber dalam membangunkan industri strategik selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Artikel Berkaitan: