Polis siasat dakwaan ADUN Pasir Bedamar: Ayob Khan

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

IPOH - Polis akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu bahawa terdapat individu memasukkan sesuatu dalam minuman 'aneh' sebelum ditahan di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wakil rakyat terbabit telah membuat laporan polis dan kini siasatan sedang dijalankan.

"Kita telah menghantar sampel (urin) ke Jabatan Patologi untuk dapatkan laporan lengkap.

"Seperti yang sedia maklum, individu tersebut telah buat satu laporan mengatakan ada orang masukkan bahan dalam minuman. Itu kita akan siasat.

"Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan dan buat laporan polis, jadi biar polis siasat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Ahad.

Menurutnya, kertas siasatan sedang disiapkan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Pada Jumaat, media melaporkan Terence ditahan bersama 35 individu lain dalam serbuan itu selepas ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah.

ADUN daripada parti DAP itu bagaimanapun menafikan dirinya terlibat dalam sebarang bentuk pengambilan bahan terlarang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau membuat laporan polis dan ada saksi mendakwa terdapat seseorang telah datang ke mejanya dan mengisi gelas minuman miliknya yang disifatkan sebagai minuman 'aneh'.