BN tidak angkuh, berhemah hadapi pilihan raya

Zambry (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Mior Faridalathrash (dua dari kanan) pada program High Profile Policing (HPP) dan kayuhan komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor pada Sabtu.
Zambry (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Mior Faridalathrash (dua dari kanan) pada program High Profile Policing (HPP) dan kayuhan komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor pada Sabtu.
A
A
A

PANGKOR - Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil pendekatan bersederhana dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, anggota kepimpinan parti itu mahu setiap pilihan raya dihadapi dengan sebaiknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu turut memberitahu, BN kini dalam tempoh memperkemas jentera untuk menghadapi sebarang pilihan raya pada bila-bila masa.

"Kita sentiasa mengambil pendekatan yang bersederhana, kita tidak mahu terlalu angkuh, sombong tetapi sentiasa mengambil langkah dengan penuh hemat dan mengambil pendekatan dengan baik," katanya ketika ditemui di Program High Profile Policing (HPP) dan Kayuhan Komuniti Ketua Polis Perak di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid. - Bernama

Artikel Berkaitan: