Rujuk bantuanbanjir.com elak kekeliruan: Rina

Rina menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima bantuan Program Back to School Parlimen Titiwangsa, di Masjid Al-Akram Datuk Keramat di sini pada Sabtu.
Rina menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima bantuan Program Back to School Parlimen Titiwangsa, di Masjid Al-Akram Datuk Keramat di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mangsa terjejas banjir diminta terus merujuk ke laman web bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai bentuk bantuan disediakan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia bagi mengelak kekeliruan disebabkan merujuk sumber yang pelbagai.

Menurut beliau, laman web tersebut menyediakan bentuk bantuan disediakan oleh kerajaan Persekutuan antaranya bantuan ihsan RM1,000, e-baucer bagi pembelian elektrik dan bantuan membaiki kenderaan.

"Ambil daripada sumber yang sahih bukan dari laman web yang bukan-bukan. Jangan kerana dapat maklumat tidak betul kemudian salahkan kerajaan pula.

"Pengguna juga boleh merujuk perkhidmatan mengikut agensi yang menyalurkan bantuan pelbagai termasuk pinjaman dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Program Back to School Parlimen Titiwangsa, di Masjid Al-Akram Datuk Keramat di sini pada Sabtu.

Seramai 530 pelajar menerima bantuan persekolahan tersebut mendapat kerjasama daripada Yayasan Prihatin Nasional.

Beliau berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir dalam tempoh sebulan.

Tambahnya, ada antara mangsa banjir telah menerima bantuan sejak di pusat pemindahan sementara (PPS) lagi.

Artikel Berkaitan:

"Pihak saya bersama rakan penyumbang turut mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Parlimen Titiwangsa pada hari ini.

"Seramai 175 mangsa banjir telah menerima bantuan bagi fasa kedua melibatkan barang dapur dan elektrik, makanan asas serta kemudahan lain termasuk selimut dan toto," katanya.